Cari @ Amanz

Sega Mega Drive Mini 2 Dilancarkan Dengan Sokongan Permainan Sega DC

Link Copied!

Sega Mega Drive Mini 2 telah diumumkan di Jepun semalam sebagai kemas kini kepada Mega Drive Mni yang dilancarkan pada tahun 2018 sempena ulang tahunnya yang ke 30. Mega Drive Mini 2 membawakan sokongan kepada permainan Sega CD yang sebelum ini tidak diberikan pada Mega Drive Mini.

Terdapat 50 permainan disertakan antaranya ialah Sonic CD, Shining Force CD, Thunder Force 4, dan Virtua Racing. Walaupun terdapat sokongan untuk permainan Sega CD kali ini, Mega Drive Mini 2 tidak hadir dengan pemacu cakera padat. Sebaliknya sebuah aksesori replika mini yang hanya sekadar olok-olok dijual sekiranya pembeli ingin mendapatkan set seakan Sega CD asal.

Sega Mega Drive Mini 2 akan mula dijual di Jepun bermula 27 Oktober hadapan di Jepun. Terdapat perancangan untuk menawarkannya ke pasaran lain selepas itu. Harga jualan konsol ialah ¥9,980 (~RM335) dan aksesori Sega CD mini pula dijual pada harga ¥4,500 (~RM15).


Komen ()