Elon Musk Mengancam Membatalkan Pembelian Twitter Kerana Isu Ketelusan Jumlah Pengguna Sebenar

Diterbitkan pada Jun 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk hari ini mengancam untuk membatalkan hasrat untuk membeli Twitter kerana mendakwa platform media sosial ini tidak telus dengan jumlah pengguna sebenar berbanding bot. Dalam dokumen yang difailkan ke FCC hari ini, Musk berkata Twitter secara aktif menghalang dan melawan permintaan beliau mengenai jumlah sebenar bot berbanding pengguna sebenar.

Twitter

Beliau hanya akan bersetuju membeli Twitter jika syarikat dapat membuktikan bahawa jumlah akaun bot adalah kurang daripada 5% seperti yang difailkan sebelum ini. Isu ini hanya beberapa minggu lalu menyebabkan Musk bertengkar secara terbuka dengan CEO Twitter Parag Agrawal.

Sejak mengumumkan hasrat membeli Twitter pada harga $44 bilion bulan lalu, Musk menyerang platform yang dikatakan berat sebelah kepada pengguna berhaluan kiri dan menyerang beberapa kakitangan berprofil tinggi.

komen


© Amanz / 2022 Kami