Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan cip Apple M2 baharu, Apple hari ini turut memperkenalkan MacBook Air generasi baharu yang hadir dijana dengan cip baharu ini.

Bersama-sama MacBook Air ini juga, Apple menyelarikan rekaan – dan menawarkan rekaan skrin bertakuk. MacBook Air hadir dengan skrin 13.6-inci, rekaan nirbingkai, dan turut menyertakan kamera swafoto 1080p pada bahagian skrin bertakuk.

Disamping itu, ia turut menawarkan pengecasan magnetik melalui MagSafe, dan turut menyertakan pengimbas cap jari Touch ID pada kekunci untuk imbasan biometrik.

Dengan cip Apple M2, ia menawarkan masa penggunaan yang sangat lama , disamping prestasi lebih berkuasa berbanding generasi sebelum ini.

MacBook Air baharu ini ditawarkan pada harga bermula RM5499 untuk versi 8-teras GPU, sementara 10-teras GPU bermula RM6699. Model versi Apple M1 masih kekal ditawarkan pada harga bermula RM4399.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd