Disamping memperkenalkan MacBook Air bersama cip Apple M2 baharu, pengeluar peranti terkemuka berkenaan turut memperkenalkan MacBook Pro dengan skrin 13-inci yang dijana cip Apple M2 baharu.
MacBook Pro dengan cip Apple M2 ini hadir menggunakan rekaan yang lama, dan bukannya moden seperti MacBook Air M2.

Ini sekaligus membawa kepada rekaan bingkai yang sedikit tebal. Apple juga tidak menyertakan takuk pada komputer ini, selain mengekalkan ciri Touch Bar pada bahagian atas papan kekunci.
Ia tidak diketahui mengapa Apple menawarkan dua rekaan berbeza untuk MacBook Pro mereka – dan tidak mengikut trend seperti MacBook Pro yang dijana Apple M1.

Dengan nama Pro, ia turut menawarkan sokongan memori sehingga 24GB RAM, disamping storan sebesar 2TB.
Apple dijangka menawarkan komputer riba ini bermula bulan hadapan kepada pengguna. MacBook Pro baharu ini ditawarkan pada harga bermula RM5699 untuk versi 8-teras GPU, sementara 10-teras GPU bermula RM6499.