Setelah Face ID diperkenalkan pada tahun 2017 menerusi iPhone X. Sejak dari itu pengguna meminta Apple supaya menyokong nyahkunci pada kedudukan landskap. Kami sendiri menerbitkan artikel bahawa sokongan Face ID pada kedudukan landskap sepatutnya wujud kerana ia disokong pada Huawei Mate 20 dan juga iPad Pro sejak sekian lama.

Pagi ini di acara WWDC 2022, Apple secara senyap mengesahkan Face ID akan dapat digunakan pada kedudukan landskap pada peranti yang menggunakan iOS 16. Ini adalah sebahagian daripada ciri menarik yang diperkenalkan oleh Apple pada sistem operasi terkini iPhone tahun ini.