Siri realme GT Neo merupakan suatu siri telefon pintar yang sering membawakan identiti telefon kegunaan harian tetapi berkebolehan untuk beroperasi dengan baik jika bermain permua. Ia juga ditawarkan dengan harga yang berbaloi untuk kelasnya. Kami telah pun ulaskan realme GT Neo2 pada akhir tahun lalu dan mendapati ia merupakan satu peranti yang memang memuaskan. Seperti biasa, realme telah mengemas kini siri realme GT Neo untuk tahun ini yang dinamakan realme GT NEO 3. Kata realme, penawaran spesifikasinya ini bakal diikuti oleh peranti-peranti lain daripada kelasnya untuk kategori tanda harga lingkungan RM2,000. Adakah ini benar? Untuk itu, mari kita lihat ciri-ciri menarik yang ada pada peranti terbaru siri realme kali ini.
1. Telefon Pertama Dengan Cip Pemprosesan Dimensity 8100

Pada tahun ini, realme telah memilih untuk menggunakan cip pemprosesan Mediatek Dimensity 8100 pada realme GT NEO 3 mereka. Cip 5nm ini dikatakan mampu memberi prestasi yang berkuasa dan cekap pada penggunaan baterinya. Ia turut digandingkan dengan storan jenis UFS 3.1 dan RAM LPDDR5 selaju 6400Mhz supaya pengguna boleh menyimpan data bersaiz besar dan membuka aplikasi berat dengan pantas.
Cip pemprosesan Dimensity 8100 5G ini juga membantu mengoptimasikan enjinnya dengan lebih baik. Ciri ini dikenali sebagai MediaTek HyperEngine 5.0. Jadi, prestasi telefon anda dikatakan akan menjadi lebih lancar jika menggunakan telefon pintar dengan sokongan 5G dan juga sambungan Wi-Fi yang baik. Jadi, tidak menjadi masalah jika anda memilikinya untuk kegunaan seharian dan juga bermain permua.
GT Mode 3.0 merupakan mod gaming yang ditawarkan pada telefon pintar realme ini dan fungsinya adalah untuk memberikan pengalaman permainan yang lebih mendalam dengan hanya satu klik sahaja. Mod ini akan mengoptimasikan skrin kadar segar semula 90Hz dan juga 120Hz untuk memberikan anda pengalaman seolah-olah berada dalam arena e-sukan sebenar. Tidak dinafikan, siri realme GT NEO ini sememangnya dipasarkan sebagai peranti kelas pertengahan untuk generasi baharu e-sukan, selain turut membawakan prestasi yang baik untuk kegunaan seharian.
2. Cip Pemprosesan Khusus Untuk Paparan

Selain cip Mediatek Dimensity 8100, cip khas untuk paparan disertakan dalam realme GT NEO 3. Cip ini dikatakan dapat meninggikan kadar segar semula sehingga 120Hz apabila GT Mode 3.0 diaktifkan. Ia juga dapat mengekalkan kadar FPS dan dalam masa yang sama dapat memaksimumkan penggunaan bateri sebaik mungkin agar menjadi lebih lancar. Ini sekaligus membolehkan anda menjadi lebih produktif untuk gaya hidup seharian dan juga dapat memberikan pengalaman permainan yang lebih memuaskan.
Menurut realme, ciri ini juga akan mengurangkan penggunaan GPU pada cip pemproses, sekaligus dapat menjimatkan sedikit penggunaan kuasa dan memanjangkan jangka hayat bateri. Gandingkan pula bersama skrin 6.7 inci FHD OLED dengan kadar segar semula 120Hz, semestinya ia membantu untuk melancarkan tugasan harian anda dan akan memberi pengalaman permainan yang berkualiti serta mengurangkan masalah lengah masa.
3. Sistem Penyejukan Peranti Yang Baik
Jika sebelum ini, realme GT Neo2 telah pun hadir dengan sistem penyejukkan yang amat baik, kali ini realme telah menambah baik lagi sistem tersebut pada realme GT NEO 3 mereka agar menjadi lebih efisien. Telefon pintar ini dilengkapi dengan 9 lapisan ruang penyejukkan dimana ia dikatakan 26% lebih besar dari realme GT Neo2 dan 7% lebih besar dari GT2 Pro. Dengan sistem penyejukan yang sebegini, haba di dalam telefon pintar dapat dialirkan keluar dengan lebih efisien sekaligus dapat melambatkan proses pemanasan peranti.
4. Proses Pengecasan Yang Laju Dan Kurang Panas
Setelah seharian menggunakan peranti pintar, tentunya kapasiti bateri kita akan menurun seiring dengan cara penggunaannya. Jika penggunaan seharian anda hanya sekadar penggunaan asas sahaja, mungkin bateri anda tidak akan cepat habis. Namun sekiranya membuat tugasan berat, seperti bermain permua tentunya ia akan memendekkan jangka hayat bateri ini dengan lebih cepat.
Bagi realme GT NEO 3, kapasiti bateri yang ditawarkan adalah sebesar 5,000 mAh yang sememangnya sangat memadai untuk sebuah peranti kelas pertengahan yang dikhususkan untuk penggunaan gaya hidup seharian. Yang lebih menariknya adalah, telefon pintar ini menawarkan pengecasan pantas 80W yang dinamakan SuperDart.
Pengecasan ini dikatakan menggunakan arus yang tinggi namun voltan yang rendah untuk pengecasan yang lebih efisien dan mengurangkan pengaliran haba. Ia mampu mengecas dari 0-50% dalam masa hanya 12 minit ataupun 0-100% dalam masa 32 minit sahaja. Fungsi pengecasan pantas ini juga boleh digunakan semasa anda sedang menggunakan peranti.
5. Sensor Kamera Berkualiti Dengan Reka Bentuk Bergaya



Tidak mahu ketinggalan dari segi penggambaran, realme turut menyertakan sensor Sony IMX 766 dan OIS untuk pengguna realme GT Neo 3 ini. Ia lebih dari cukup untuk anda yang gemar mengambil gambar berkualiti secara kasual dan terdapat pelbagai jenis tetapan yang anda boleh ubah untuk serlahkan kreativiti penggambaran anda. Reka bentuknya pula diinspirasikan oleh perlumbaan kereta yang mana ia menyertakan rekaan kerangka berbelang dua seakan trek balapan dengan slogan “Dare To Leap” untuk memberi aura kelajuan kepada peranti ini.

Kesimpulan
Jika anda sedang mencari sebuah telefon pintar untuk kegunaan harian dan dalam masa yang sama sering bermain permua, serta ingin dapatkan tawaran spesifikasi yang berbaloi dengan harganya, realme GT NEO 3 adalah antara pilihan yang bijak. Ini kerana ia bukan sekadar dilengkapi dengan spesifikasi padu yang memenuhi keperluan semua golonan pengguna, malah ia juga bagus digunakan untuk kegunaan harian.

Harga pasarannya juga agak kompetitif untuk sebuah telefon kelas pertengahan yang mempunyai prestasi gaming yang baik. realme GT NEO 3 ini ditawarkan pada harga RM2099 sahaja dan boleh dapatkannya dengan 2 pilihan warna, iaitu Nitro Blue dan juga Sprint White. Namun, realme menawarkan harga promosi untuk jualan pertamanya. Jadi, anda boleh dapatkannya pada harga yang lebih rendah iaitu RM1799 sahaja.
Dengan penawaran sebegini, realme menjangkakan bahawa penawaran yang ada pada peranti ini akan diikuti oleh peranti-peranti jenama lain untuk bersaing dengannya. Jadi jika berminat, anda boleh dapatkan realme GT NEO 3 melalui pengedar-pengedar sah realme di seluruh Malaysia sekarang sementara promosi masih lagi berjalan.
Penafian : Advertorial daripada realme Malaysia