Selepas pelancaran asal hujung tahun lalu ditangguhkan, MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu akhirnya akan memulakan operasi pada jam 3 petang, 16 Jun akan datang. Operasi kelak akan mempunyai 12 hentian antara Kwasa Damansara ke Kampung Batu dengan jajaran sepanjang 17.5km.
Pada waktu yang sama MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral pula sudah 98% siap dengan ia sasaran operasi bermula pada Januari 2023. Waktu operasi laluan ini pula adalah dari jam 6 pagi hingga 11.30 malam. Pada waktu puncak tren akan tiba setiap 4-6 minit dan pada waktu bukan puncak pula setia 7-10 minit.
MRT Laluan Putrajaya adalah sepanjang 56 kilometer kesemuanya dan merangkumi 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya.