Cari @ Amanz

Penyakit jantung meragut jutaan nyawa setiap tahun. Di Malaysia kes serangan jantung semakin meningkat kerana faktor berat badan, diet dan tekanan kehidupan seharian. Bagi mereka yang berhadapan depan kegagalan jantung, satu-satunya cara untuk memastikan hidup mereka tidak terancam ialah menanti organ yang didermakan.

Tetapi ini bukanlah sesuatu yang berlaku dengan mudah kerana kekurangan penderma dan organ yang sesuai. Dr Doris Taylor dari Texas Medical Center menyedari hakikat ini dan telah membangunkan teknologi menghasilkan “jantung hantu” yang menggunakan sel tunjang manusia dan kerangka jantung khinzir.

Nama jantung hantu diberikan kerana semasa organ dihasilkan di dalam makmal, ia berwarna putih seperti hantu. Dr Taylor menggunakan sebahagian jantung khinzir yang digabungkan dengan sel tunjang manusia untuk menghasilkan jantung gantian. Kerana sel tunjang penerima digunakan untuk menghasilkan jantung gantian, kebarangkalian berlaku penolakan pasca pembedahan akan dikurangkan.

Proses menghasilkan setiap jantung adalah rumit dan memakan masa yang panjang. Sel tunjang perlu diajar untuk membentuk bahagian-bahagian jantung. Suntikan sel ke kawasan yang betul dilakukan dalam sebuah bioreaktor steril dengan bantuan robot yang diberikan nama timangan BioAssemblyBot (BAB).

Teknologi ini sudah dibangunkan sejak tahun 10 tahun lalu dan penyelidik kini percaya sudah hampir sedia digunakan pada penerima manusia. Selain menghasilkan jantung gantian, Dr Taylor mempunyai harapan di masa hadapan ia boleh digunakan juga untuk menghasilkan organ lain seperti ginjal, hati dan paru-paru.

Pembedahan xenotransplan melibatkan jantung khinzir ke penerima manusia berakhir dengan kematian selepas dua bulan Mac lalu kerana virus haiwan. Penyelesaian kepada masalah kekurangan organ masih belum dijumpai tetapi kini terdapat semakin banyak usaha dari komuniti perubahan dilakukan secara serentak

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd