Cari @ Amanz

Disamping memperkenalkan Black Shark 5 dan Black Shark 5 Pro untuk pasaran tempatan, kini pihak Black Shark juga mempelbagaikan penawaran meliputi pengguna dan peminat permainan video di komputer. Dua produk baharu yang dibawa masuk adalah papan kekunci mekanikal baharu, dan juga pad tetikus.

Dua papan kekunci mekanikal yang dibawa masuk adalah Black Shark Sixgill K1 pada harga RM239, disamping Black Shark Sixgill K2 pula ditawarkan pada harga RM299. Kedua-duanya turut hadir dengan sokongan pencahayaan RGB padanya.

Disamping itu, beberapa pad tetikus khusus untuk peminat permainan video ditawarkan pada harga bermula RM35.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus turut memposisikan Black Shark sebagai jenama untuk peminat permainan video – dan tidak terhad pada peranti mudah-alih sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd