Cari @ Amanz

iOS 16 hadir dengan banyak ciri dan fungsi yang menarik. Tidak dinafikan yang iOS 16 jelas sekali melalui satu proses pengAndroidan, di mana ia banyak menyalin ciri dan fungsi yang sudah lama ada pada Android.

Untuk iMessage, terdapat ciri yang membenarkan pengguna menarik semula mesej yang dihantar serta menyunting mesej. Ciri ini sudah ada pada Telegram dan akan datang pada WhatsApp. iMessage pada iOS 16 turut menyertakan ciri untuk pengguna melihat sejarah mesej yang telah dipadam melalui Recently Deleted.

Ia berfungsi seakan tong sampah, di mana mesej-mesej yang dipadam akan disimpan di dalamnya. Ini membolehkan pengguna memulihkan semula mesej yang dipadam, sebelum ia dipadam secara automatik selepas 30 hari.

Setiap mesej turut akan memaparkan baki masa yang ada, sebelum ia dipadam. Mesej-mesej yang didapam secara automatik akan mengambil masa sekitar 40 hari.

Untuk mengakses ciri ini, tekan Edit di hujung kiri atas dan tekan Show recently deleted. Di sini, pengguna boleh lihat sama ada ingin biarkan mesej, pulihkan atau terus padam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd