Poco F4 5G Akan Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 870

Diterbitkan pada Jun 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Poco dijangka akan hadir dengan satu lagi peranti dalam siri F4. Poco F4 GT adalah peranti mercu mereka tahun ini, ia dijana Snapdragon 8 Gen 1, hadir dengan skrin 120Hz HDR10+, menyokong penecasan 120W dan banyak lagi perkara hebat dalam harga bajet.

Poco F4 GT hanyalah sebuah Redmi K50 Gaming yang diubah nama. Poco F4 baharu yang akan dilancarkan nanti adalah Poco F4 5G, sebuah peranti kelas pertengahan premium dengan cip Snapdragon 870.

Peranti ini dijangka adalah penjenamaan semula kepada peranti Redmi K40S. Jika benar ia akan hadir dengan skrin 6.67-inci FHD+ AMOLED 120Hz, Dolby Vision, memori RAM LPDDR5, storan UFS 3.1, kamera 48+8+2 Megapixel dan kamera swafoto 20 Megapixel dan juga bateri 4500mAh yang boleh dicas pada kadar 67W.

Peranti ini juga mungkin akan menjalankan terus MIUI 13 berasaskan Android 12. Di China, Redmi K40S dijual pada harga sekitar RM1200-RM1600. Mungkin versi global nanti ia akan dijual pada harga lebih kurang dengan Poco F3?

komen


© Amanz / 2022 Kami