Cari @ Amanz

Partikel Plastik Dikenalpasti Pada Salji Di Antartika Buat Pertama Kalinya

Oleh Aman

Link Copied!

Sebelum ini, kita sedia melihat partikel plastik ditemukan dalam paru-paru manusia. Selain daripada itu, kini sebuah kajian turut mendapati partikel plastik turut ditemui pada salji di antartika yang dikumpulkan pada 2019 lepas.

Penemuan partikel plastik ini sangat membimbangkan kerana kesannya terhadap alam sekitar, dan mengekang sejumlah perkembangan dan kehidupan. Ia juga turut memperlihatkan pencemaran plastik sangat membimbangkan kebelakangan ini.

Pada salji yang dicairkan, secara purata 29 partikel plastik ditemui untuk setiap liter salji. Ini turut memperlihatkan kadar yang agak tinggi berbanding ais di lautan.

Partikel yang paling kerap ditemui adalah Polyethylene Terephtalate (PET), yang mana digunakan pada botol plastik dan juga pakaian.

Sumber : DOI

Komen ()