OnePlus 10T Mungkin Dijana Snapdragon 8+ Gen 1, Kamera 50MP Dan Menyokong Pengecasan 150W

Diterbitkan pada Jun 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus dilaporkan akan mengembalikan peranti mercu mereka dalam siri-T tahun ini. Ia dikatakan masih lagi di bawah OnePlus 10, jadi peranti yang akan dilancarkan nanti adalah OnePlus 10T. Jadi peranti yang dikatakan adalah OnePlus 10 Ultra mungkin tidak akan direalisasikan.

OnePlus telah pun mengacah yang mereka akan hadir dengan peranti yang dijana Snapdragon 8+ Gen 1. Mungkin OnePlus 10T ini adalah peranti tersebut dan sumber juga menyatakan ia adalah peranti mercu terakhir OnePlus untuk tahun ini. Peranti ini juga dikatakan menggunakan kod nama Ovaltine.

Selain itu, OnePlus turut dijangka akan menawarkan satu lagi peranti mercu dengan cip MediaTek Dimensity 9000. Tidak pasti peranti sama dengan pilihan cip berbeza atau peranti berbeza.

Peranti ini dijangka hadir dengan skrin 6.7-inch FHD+ AMOLED, 120Hz dengan panel yang menggunakan teknologi LTPO 2.0. Memori dijangka akan mencapai 12GB RAM dengan stotan sehingga 256GB. Untuk kamera belakang ia dikatakan akan menggunakan konfigurasi 50+16+2 Megapixel, kamera swafoto 32 Megapixel, bateri 4800mAh dengan pengecasan pantas 150W serta menjalankan Oxygen OS berasaskan Android 12.

Sama-sama kita nantikan kemunculan peranti ini di bulan-bulan akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami