Cari @ Amanz

Snapdragon 8 Gen 2 besar kemungkinan akan dilancarkan secara rasmi pada Disember tahun ini. Bagi mereka yang menggunakan peranti Android, cip ini amatlah dinantikan kerana pastinya akan menjadi antara yang paling berkuasa di pasaran. Menurut Digital Chat Station, Snapdragon 8 Gen 2 kelak akan mempunyai konfigurasi yang agak unik.

Ia akan menggunakan konfigurasi 1+2+2+3 teras dengan 1X Cortex X2, 2X Cortex-A720, 2X Cortex-A7210 dan 3X Cortex-A510. Ini dipadankan pula dengan GPU Adreno 740. Cip juga akan dihasilkan menggunakan teknologi 4nm seperti Snapdragon 8+ Gen 1 yang baru dilancarkan beberapa minggu yang lalu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd