Cari @ Amanz

Sony Xperia 1 IV telah mula ditawarkan untuk pasaran tempatan. Ia dijual pada RM6099 dengan dua pilihan warna seperti Black dan Purple. Bagi yang berminat, sesi pra-tempah juga telah dibuka bermula hari ini hingga 10 Julai 2022. Setiap pembelian akan didatangkan dengan set fon telinga WF-1000XM4 (bernilai RM1099) secara percuma.

Untuk spesifikasi, Sony Xperia 1 IV menggunakan skrin OLED 6.5-inci dengan paparan resolusi 4K dan kadar segar semula 120Hz. Ia turut dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ia turut menawarkan sokongan ruangan tambahan melalui penggunaan mikro-SD.

Sistem tri-kamera utama yang disertakan terdiri dengan 12MP + 12MP + 12MP dan kamera swafoto juga sebesar 12MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan 5G terbina, ciri Game Enhancer, bicu audio 3.5mm, kalis air IP65/68 dan butang fizikal terbina untuk kamera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd