Nothing Phone (1) akan dilancarkan pada 12 Julai hadapan dalam sebuah acara khas. Seperti biasa apabila peranti di bawah pengawalan Carl Pei, imej acah dan maklumat akan ditiriskan sedikit demi sedikit bagi meningkatkan minat orang ramai mengenainya. Semalam Nothing berkongsi pula imej acah rekaan panel belakang telefon pintar mereka ini.

Berdasarkan imej yang lebih burung daripada telefon ini, panel belakang Phone (1) akan mempunyai elemen lutsinar seperti ura-ura yang didengari dan rekaan kasar yang dikongsikan. Keseluruhan peranti berwarna putih seperti Nothing Ear (1) dengan bahagian sisi rata berwarna perak. Ini memberikan petanda skrin peranti juga rata dan adalah menggembirakan bagi mereka yang tidak berminat dengan peranti skrin melengkung.
