Spotify hari ini telah mengambil alih firma Sonantic yang menghasilkan perisian yang bole menjana suara palsu berdasarkan frasa dari pemilik suara sebenar. Teknologi deepfake untuk suara Sonantic telahpun digunakan dalam filem Top Gun : Maverick untuk menghasilkan suara pelakon Val Kilmer yang tidak lagi boleh bercakap kerana kanser trakea.
Teknologi mereka turut digunakan untuk pembantu maya Hey Mercedes yang telah digunakan dalam kenderaan keluaran Mercedes-Benz AG. Dengan pengambilalihan Sonantic, Spotify akan menggunakan teknologi ini untuk memberikan pengalaman yang lebih baik pada produk mereka.
Spotify membangunkan pembangun maya mereka sendiri di Car Thing. Ia turut mempunyai potensi untuk digunakan oleh pemilik podsiar untuk menghasilkan episod berdasarkan input teks tanpa perlu melakukan rakaman audio secara manual.