Pil Perancang Kehamilan Untuk Lelaki Semakin Hampir Ke Pasaran

Diterbitkan pada Jun 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pil perancang kehamilan selama ini hanya dihasilkan untuk pengguna wanita. Ini meletakkan tanggungjawab mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang di tangan wanita sepenuhnya. Tetapi kini dua pil perancangan kehamilan untuk lelaki sudahpun berjaya menjalani proses ujian klinikal fasa pertama dengan reaksi yang positif.

Pil yang diberi nama DMAU dan 11β-MNTD adalah dari kelas ubatan yang dipanggil progestogenic androgen. Ia mengurangkan tahap testosteron dalam tubuh pengambilnya. Penurunan tahap testosteron akan mengurangkan jumlah sperma yang seterusnya mengurangkan kebarangkalian kehamilan.

Sebanyak 96 peserta menyertai kajian ini dengan 75% berkata mereka tiada isu untuk meneruskan pengambilannya. Beberapa pil perancang kehamilan berasaskan testosteron pernah diuji sebelum ini tetapi menyebabkan kesan sampingan kepada pengambilnya. Dengan reaksi positif dari peserta, masa depan pil perancang kehamilan ni dipasarkan kepada umum semakin meningkat.

Sebelum ini ujian pil perancang kehamilan untuk lelaki berjaya diuji pada tikus makmal. Sebatian YCT529 yang digunakan merencatkan penghasilan sperma pada zakar sekaligus menghasilkan kemandulan sementara. Penghasilan sperma kembali normal 6 minggu selepas pengambilan YCT529 dihentikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami