Cari @ Amanz

Apple memperkenalkan ciri menyahkunci Mac menggunakan Apple Watch sejak 2016. Ciri ini kami gunakan saban hari bukan sahaja pada MacBook yang dimiliki tetapi juga pada iPhone bagi menggantikan Face ID. Tetapi kini Apple telah disaman syarikat SmartWatch MobileConcept yang mendakwa sistem ini telahpun dipatenkan oleh mereka dan oleh itu Apple melanggar harta intelek mereka.

SmartWatch MobileConcept tidak mempunyai sebarang produk. Lebih menarik paten hanya difailkan SmartWatch MobileConcept pada bulan Ogos 2016 selepas Apple memperlihatkan sistem nyahkunci dengan Apple Watch ini di WWDC 2016 yang berlangsung pada bulan Jun. Jelas Apple tidak meniru paten yang dimiliki oleh syarikat yang nampaknya adalah sebuah toyol paten.

Hakim masih belum memberikan keputusan sama ada saman ini akan diteruskan ataupun tidak. Pada waktu ini Apple mempunyai kes yang kukuh tiada sebab mereka layak disaman.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd