Adobe Lightroom Kini Boleh Menyokong Suntingan Video

Diterbitkan pada Jun 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam, telah kami laporkan yang Adobe sedang menguji penawaran Photoshop percuma melalui web. Melaluinya, peralatan suntingan asas akan ditawarkan untuk pengguna menyunting gambar. Tetapi jika ingin fungsi dan ciri penuh, mereka perlu melanggan untuk menggunakannya.

Selain itu, Adobe turut akan mengemaskini aplikasi suntingan gambar popular mereka Lightroom. Kemaskini ini akan membenarkan pengguna menyunting video dengan alatan sama untuk menyunting gambar seperti penggredan warna dan memotong bahagian awal dan hujung video.

Kemaskini ini akan diberikan kepada perisian desktop dan juga aplikasi. Mereka yang ingin bermain dengan warna pada video di saat akhir atau untuk menghantar sampel video dengan suntingan pantas, ini mungkin akan menjadi perisian pilihan.

komen


© Amanz / 2022 Kami