Carian
Qualcomm Berjaya Dalam Rayuan Membatalkan Saman RM4.5 Bilion Oleh EU Kerana Monopoli
June 16, 2022 Effi Saharudin

Qualcomm berjaya dalam rayuan mereka untuk membatalkan saman berjumlah €997 juta (~RM 4.5 bilion) oleh Kesatuan Eropah (EU) kerana tindakan mereka membayar Appel untuk terus menggunakan modem keluaran mereka dilihat sebagai anti persaingan.

Saman dikenakan ke atas Qualcomm pada tahun 2018 kerana membayar Apple dari 2011 hingga 2016 Ini menurut EU menghalang pengeluar lain dari membekalkan modem kepada Apple. Akibatnya pesaing seperti Intel gagal bersaing sehingga terpaksa menarik diri dari pasaran. Tetapi mahkamah rayuan mengatakan hanya modem keluaran Qualcomm memenuhi keperluan LTE Apple. Oleh sebab itu untuk mengatakan Qualcomm menghalang persaingan adalah tidak tepat dan denda telah dibatalkan.

Komen