DNB Dan Ericsson Berjaya Uji VoNR – Panggilan Telefon Guna Rangkaian 5G

Diterbitkan pada Jun 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Digital Nasional Berhad (DNB) kini bersama Ericsson berjaya melakukan demonstrasi penggunaan VoNR (Voice Over New Radio) di Malaysia. Melalui VoNR, panggilan suara melalui rangkaian 5G, sekaligus membolehkan para pengguna kekal menikmati pelbagai kelebihan rangkaian 5G, ketika melakukan panggilan suara.

DNB Digital Nasional

Sebelum ini, kebiasaannya ketika menggunakan panggilan suara, ia akan menggunakan rangkaian 4G LTE – sekaligus menghentikan pelbagai aktiviti dibawah rangkaian 5G.

Dengan sokongan VoNR ini, pengguna akan dapat kekal menggunakan rangkaian 5G, disamping menikmati panggilan audio berkualiti tinggi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri VoNR akan diperkenalkan secara komersil oleh pihak DNB.

Sebelum ini, Celcom menjadi yang pertama di Malaysia melakukan ujian panggilan VoNR 5G, pada November 2021 lepas.

komen


© Amanz / 2022 Kami