Samsung Galaxy S22 FE Mungkin Tidak Ditawarkan Tahun Ini

Diterbitkan pada Jun 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri FE bermula sebagai penghargaan kepada peminat siri Note beberapa tahun yang lalu. Fan Edition kemudiannya ditawarkan pada penghujung tahun sebagai alternatif lebih murah kepada siri Galaxy S yang ditawarkan pada awal tahun. Kini kedengaran ura-ura tahun ini Samsung Galaxy S22 FE tidak akan dilancarkan.

Ini adalah menurut sumber yang dipetik oleh laman Sammobile. Tiada sebab diberikan mengapa siri ini akan dihentikan tahun ini tetapi dengan jualan peranti dijangka menurun akibat kemelesetan ekonomi pengurangan pengeluaran produk mungkin terpaksa dilakukan. Samsung sudahpun menghentikan siri Note bagi memberikan laluan kepada siri Z. Maka jika berita ini menjadi kenyataan sekalipun ia tidak mengejutkan.

[sumbr] Sumber – Sammobile [/sumber]

komen


© Amanz / 2022 Kami