Carian
Stellantis Menguji Sistem Pengecas Nirwayar Pada Permukaan Jalan
June 16, 2022 Effi Saharudin

Kereta elektrik mempunyai jarak operasi yang terhad sekiranya dibandingkan dengan kereta bahan api fosil. Pelbagai penyelesaian cuba dilakukan seperti bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan kereta lebih aerodinamik. Stellantis sebagai syarikat induk Fiat, Chrysler, Dodge, Chrysler, Jeep, Opel, Peugeot, Ram, dan Maserati cuba menyelesaikan masalah ini dengan membina sistem pengecasan terbina dalam-jalan.

Sistem pengecasan Dynamic Wireless Power Transfer (DWTP) adalah terbina dalam-jalan dan diuji pada litar Arena Del Futuro yang terletak di Itali. Ia sepanjang 1050 meter dengan ujian menunjukkan ia mampu memberikan tahap pengecasan yang pantas pada kenderaan yang bergerak di atasnya secara nirwayar.

Gegelung pengecasan DWTP ditanam di bawah permukaan jalan dengan ia kemudian ditutup dengan lapisan tar. Sistem ini masih lagi di peringkat ujian dengan terdapat perancangan menawarkannya bukan sahaja di atas jalan raya tetapi di tempat meletak kereta dan stesen pengecasan kereta. Terdapat beberapa ujian yang sama sebelum ini seperti Elecktroad tetapi didapati terlalu mahal dan pengecasannya tidak begitu pantas.

Komen