Perkongsian terkini Poco memperlihatkan mereka kini dalam persediaan untuk beberapa peranti baharu lagi. Melaluinya, Poco F4 dan Poco X4 GT bakal diperkenalkan sekaligus menjadi variasi terkini di bawah siri F. Acara pelancaran ini akan diadakan secara global pada 23 Jun 2022 bermula jam 8 malam.

Poster pelancaran bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai reka bentuk dan spesifikasi pada peranti. Namun begitu terdapat satu desas-desus yang timbul mengatakan Poco F4 5G akan dilancarkan dengan cip Snapdragon 870. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak bagi melihat kejutan yang bakal dibawakan oleh Poco untuk kali ini. Dalam masa sama, kami di Amanz turut akan berkongsi mengenainya untuk makluman semua pembaca.