Cari @ Amanz

Ferrari sebelum ini mengesahkan mereka bersedia untuk memasuki arena SUV dalam masa terdekat. Kini mereka telah mengesahkan kenderaan yang menggunakan nama Ferrari Purosangue akan dilancarkan pada bulan September akan datang.

Purosangue akan dilengkapi enjin V12 dan bukannya dari jenis elektrik ataupun hibrid. Keputusan yang bertentangan dengan kebanyakan pengeluar yang kini memberikan tumpuan kepada kenderaan elektrik. Ferrari juga akan menjadikan Purosangue sebuah kenderaan yang eksklusif dengan pengeluarannya dikawal supaya hanya 20% pengeluaran kesemua kenderaan mereka.

Turut diumumkan ialah 60% kenderaan yang dikeluarkan oleh Ferrari adalah dari jenis hibrid ataupun elektrik sepenuhnya menjelang 2026. Kenderaan elektrik sepenuhnya mereka pula akan dilancarkan pada tahun 2025. Kenderaan ICE akan dikekalkan lagi kerana masih terdapat permintaan dan juga adalah selari dengan imej mereka sebagai pengeluar kenderaan prestasi tinggi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd