Cari @ Amanz

Hari ini Mercedes melancarkan kereta elektrik mewah pertama di pasaran yang statusnya setaraf dengan S-Class. Satu demi satu nama besar dalam dunia automotif mula meninggalkan enjin bahan api fosil dan menggantikannya dengan sistem elektrik sepenuhnya. Syarikat ternama yang akan memasuki era elektrik sepenuhnya ialah Ferrari.

Pengerusi syarikat John Elkann dipetik berkata Ferrari akan melancarkan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2025 dalam pertemuan bersama pelabur Khamis lalu. Pengumuman ini adalah mengejutkan kerana sebelum ini ketua pegawai eksekutif syarikat Louis Camilleri  berkata Ferrari tidak berminat untuk menghasilkannya. Louis Camilleri telah meletakkan jawatan tahun lalu selepas dijangkiti Covid-19. Proses mencari pengganti telapun dilakukan dengan Jony Ive antara yang menjadi calonnya.

Dua tahun lalu mereka melancarkan SF90 Stradale yang merupakan kereta hibrid pertama mereka dengan 986 kuda kuda dan enjin 4 liter V8. Adakah Ferrari akan mengikut langkah Bentley untuk hanya mengeluar kereta elektrik dalam masa terdekat? Hanya masa akan menjawabnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd