Telegram Premium Kini Turut Boleh Dilanggan Pengguna Android – Mahal Sedikit Berbanding Pada iPhone, RM22.99 Sebulan

Diterbitkan pada Jun 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lanjutan pengenalan Telegram Premium untuk pengguna iPhone semalam, hari ini melalui kemaskini kecil, pihak Telegram turut telah mengaktifkan sokongan Telegram Premium untuk pengguna Android.

Namun, terdapat sedikit perbezaan pada harga, dimana ia berharga RM22.99 untuk pengguna Android – berbanding 9 sen lebih murah pada platform iPhone.

Telegram Premium menawarkan sejumlah ciri-ciri tambahan berganda, termasuk muat-naik fail sehingga 4GB, kadar muat-turun lebih laju, penggunaan bebas iklan, dan akses kepada beberapa ciri-ciri menarik termasuk suara ke teks.

Dengan penawaran Telegram Premium ini, adakah anda akan melanggannya?

komen


© Amanz / 2022 Kami