Cari @ Amanz

Elon Musk sedia berkongsi idea dan hasrat dalam menjadikan Twitter sebuah “SuperApp” seumpama WeChat, sekaligus membolehkan Twitter berjaya dan menarik lebih ramai menggunakannya.

Menyentuh mengenainya, CEO Snap yang menerajui aplikasi Snapchat, mengatakan idea Twitter sebagai sebuah “SuperApp” adalah sangat menarik.

Beliau turut mengatakan Elon Musk merupakan antara pengguna tegar Twitter, dan mungkin mempunyai pelbagai idea menarik untuk terus menjayakan produk berkenaan. Elon Musk sebelum ini telah membida untuk ambilk-alih Twitter pada nilai $44 bilion.

Snapchat sendiri sedia mempunyai pelaburan daripada Tencent (yang memiliki WeChat), dan turut berhasrat menjadi sebuah “SuperApp”. Pada hari ini, Snapchat mengintegrasikan pelbagai kandungan pada aplikasi mereka, dan memudahkan proses komunikasi. Beberapa tab turut disediakan, termasuk seperti permainan dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd