MediaTek Memperkenalkan Cip Dimensity 9000 Plus

Diterbitkan pada Jun 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sementara Qualcomm sedia hadir dengan penawaran Snapdragon 8+ Gen 1 sebelum ini, kini MediaTek turut hadir dengan penawaran “Plus” tersendiri.

Hari ini, MediaTek memperkenalkan cip pemprosesan baharu Dimensity 9000 Plus. Cip baharu ini hadir dengan binaan 4nm, dan meyertakan Cortex-X2 pada kelajuan 3.2Ghz, digabungkan dengan Cortex-A710 pada 2.85Ghz, serta Cortex-A510. Pada bahagian GPU, ia menyertakan Mali-G710 GPU MC10.

Cip pemprosesan ini membawakan kelajuan 5% lebih pantas berbanding sebelum ini, termasuk prestasi grafik lebih 10%.

Ciri lain yang disokong termasuk sensor kamera sehinggaa 320MP, sokongan AV1, kadar segar semula 180Hz pada resolusi FHD+, dan WiFi 6E.

MediaTek menyasarkan sejumlah peranti menggunakannya akan dipasarkan bermula suku ketiga 2022 ini.

Sumber : MediaTek

komen


© Amanz / 2022 Kami