Xiaomi Book S 12.4″ Diperkenalkan – Tablet Windows 11 Dengan Cip Snapdragon 8cx Gen 2

Diterbitkan pada Jun 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Anda pernah dengan Mi Pad? Ia adalah tablet Android Xiaomi pada suatu ketika dahulu yang tidak begitu mendapat perhatian ramai dan tidak mempunyai sokongan perisian yang baik. Untuk Mi Pad 2, Xiaomi menawarkan pilihan Android dan juga Windows. Kini dengan tablet mereka diubah kepada Xiaomi Pad, mereka cuba sekali lagi untuk menarik perhatian orang ramai menggunakan tablet mereka.

Terkini, Xiaomi ingin cuba menawarkan sekali lagi tablet Windows. Ia adalah Xiaomi Book S 12.4″ yang menjalankan Windows 11 versi ARM dan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 8cx Gen 2 dengan. Skrin tablet ini bersaiz 12.4-inci dan adalah daripada panel LCD dengan resolusi 2560 x 1600, 100% sRGB dan mempunyai kecerahan 500 nits.

Xiaomi juga hanya menawarkan pilihan memori 8GB RAM dan 256GB storan dalaman, mempunyai kamera 13MP di belakang dan 5MP di hadapan. Tablet ini turut mempunyai mikrofon Qualcomm Aqstic yang boleh membatalkan hingar, speaker stereo, mempunyai port USB-C, bicu audio 3.5mm dan slot kad mikroSD.

Xiaomi Book S 12.4″ ini turut menyokong stilus Xiaomi Smart Pen dan Xiaomi Smart Keyboard seakan Microsoft Surface. Untuk bateri ia mempunyai saiz 38Whr yang menjanjikan ketahanan sehingga 13 jam.

Tablet ini dijual di pasaran Eropah dan Jerman pada harga €699 iaitu sekitar RM3230 dengan stilus dan papan kekunci dijual secara berasingan. Xiaomi Book S boleh dikatakan adalah alternatif Surface Pro X yang lebih mampu milik.

komen


© Amanz / 2022 Kami