Satelit MEASAT-3d Berjaya Dilancarkan Ke Angkasa Lepas

Diterbitkan pada Jun 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan dengan selamat dari French Guiana sekitar jam 5.50 pagi waktu Malaysia. Satelit ini bakal menawarkan sokongan pemindahan data berkapasiti tinggi – termasuk pancaran internet melalui satelit sehingga 100Mbps, disamping pancaran kandungan untuk televisyen dan telekomunikasi. Dengan satelit ini juga, ia dijangka menghubungkan sekitar 3-5% populasi yang sukar dicapai menggunakan talian fiber di Malaysia.

Satelit yang direka oleh Airbus ini menelan belanja RM1.2 bilion dan dilancarkan ke orbit menggunakan roket Ariane 5. MEASAT-3d juga merupakan satelit ke-10 dilancarkan ke Malaysia sejak kejayaan pertama melancarkan TiongSat-1 pada tahun 1996. Ia dijangka mampu beroperasi selama 18 tahun. Ia hadir tepat pada waktunya selepas MEASAT-3 ditamatkan perkhidmatannya tahun lalu selepas mengalami beberapa masalah untuk beroperasi.

komen


© Amanz / 2022 Kami