Cari @ Amanz

Sumber tenaga nuklear mempunyai reputasi buruk selepas insiden Chernobyl, Three Mile Island dan Fukushima. Kebaikan sumber tenaga yang lebih bersih berbanding bahan api fosil ini mula dipandang serius dalam dunia berhadapan dengan isu perubahan iklim. NASA tidak pernah mempunyai masalah dengan tenaga nuklear dan telah memberikan dana kepada tiga syarikat untuk menghasilkan prototaip janakuasa nuklear yang bakal digunakan di permukaan bulan.

Lockheed Martin, Westinghouse dan IX masing-masing diberikan dana $5 juta untuk menghasilkan prototaip janakuasa nuklear yang boleh menghasilkan 40-kilowatt kuasa dengan hayat sehingga 10 tahun. Prototaip yang berjaya kemudiannya akan diuji di permukaan bulan menjelang dekad 2020an.

Janakuasa nuklear ini akan membekalkan kuasa kepada markas yang akan dibina NASA dan sekutunya di permukaan bulan di bawah Misi Artemis. Seterusnya dengan markas berjaya dibina, bulan akan menjadi pusat pelancaran misi seterusnya ke Marikh. Penggunaan tenaga nuklear turut akan digunakan pada kapal angkasa di bawah Projek DRACO oleh DARPA.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd