PCI-SIG hari ini mengemukakan spesifikasi untuk PCI Express 7.0 (PCIe 7.0) yang mua digunakan pada peranti baharu menjelang 2027. Dengan kelajuan puncak mencecah 512GB/s, PCIe 7.0 adalah dua kali ganda lebih pantas berbanding PCI Express 6.0 yang akan hanya digunakan bermula 2023.

Kelajuan lebar jalur PCIe meningkat dua kali ganda setiap tiga tahun sejak diperkenalkan pada tahun 2002. PCIe 7.0 menyasarkan penggunaan pada Ethernet 800 G, kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, pengkomputeran awanan, pengkomputeran kuantum, pusat data hiperskala, komputer prestasi tinggi HPC dan juga ketenteraan.
- Sumber
- Sumber – PCI SIG