Solana Saga – Telefon Web3 Berasaskan Android Dari Solana

Diterbitkan pada Jun 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OSOM OV1 ialah peranti yang dibangunkan oleh bekas kakitangan Essential. Beberapa imej yang dikongsi oleh OSOM sebelum ini mengacah ia semakin hampir dilancarkan. Tidak seperti telefon pintar lain di pasaran, OV1 akan mementingkan privasi dan keselamatan pengguna dengan kabel mempunyai suis fizikal bagi menghalang pemindahan data.

Tetapi kini OSOM OV1 nampaknya telah dibatalkan dengan ia akan dilancarkan dengan nama baharu Solana Saga yang memberikan penekanan kepada kripto. OSOM bekerjasama dengan syarikat teknologi web3 Solana bagi menghasilkan Saga. Rekaan masih sama cuma perubahan dilakukan pada perisian.

Terdapat integrasi kriptowang, token dan rantaian blok pada peranti yang menggunakan skrin 6.55″ 120Hz, cip Snapdragon 8+ Gen1, memori 12GB RAM, kamera utama 50MP, kamera ultra sudut lebar 12MP dan bateri 4100 mAh.

Peranti ini dijual pada harga $1000 (~RM4400) sebuah dengan pratempahan telahpun dibuka. Untuk melakukan pratempahan pelanggan perlu menggunakan mata wang Solana. Ia hanya akan mula dipasarkan pada suku pertama 2023.

komen


© Amanz / 2022 Kami