Cari @ Amanz

Micorosft Edge kini adalah pelayar web utama Microsoft selepas Internet Exporer ditamatkan secara rasmi minggu lalu. Kini Microsoft mengumumkan hab khas dalam Edge yang memberikan tumpuan khusus gaming secara setempat.

Pada hab ini pengguna dapat mengakses terus perkhidmatan penstriman Xbox Cloud Gaming, memuat turun aplikasi gaming percuma, saluran penstriman lain, berita mengenai gaming dab banyak lagi. Menurut Microsoft, Edge turut hadir dengan ciri Clarity Boost yang membolehkan pengguna Xbox Cloud Gaming menstrim permainan video mereka dengan kualiti visual lebih tinggi dan masa pendam yang lebih rendah berbanding pelayar web yang lain.

Pengguna juga boleh mengakses permainan percuma seperti Microsoft Solitaire, Microsoft Jewel, dan Microsoft Mahjong secara setempat. Akhir sekali Edge turut mempunyai mod yang mengurangkan penggunaan RAM apabila mengesan permainan komputer dilancarkan. Dengan ini isu pelayar web mengambil terlalu banyak memori tidak lagi akan menjadi isu bagi pengguna Edge.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd