CEO Netflix Mengesahkan Langganan Dengan Sokongan Pengiklanan Akan Ditawarkan

Diterbitkan pada Jun 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix akan melancarkan pelan langganan lebih murah dengan sokongan pengiklanan selepas ia disahkan sendiri oleh CEO mereka Ted Serrandos di festival Cannes Lion yang berlangsung minggu ini. Pelan akan menyasarkan golongan yang merasakan langganan paling murah mereka masih terlalu mahal dan tidak kisah jika terdapat iklan untuk mengurangkan kos kepada mereka.

Hanya pelan ini sahaja akan memaparkan iklan dalam aplikasi sementara pelan berbayar lain masih lagi akan bebas dari sebarang pengiklanan. Sebelum ini kami laporkan Netflix mungkin akan melancarkan pelan dengan sokongan pengiklanan ini sebelum penghujung 2022. Ini mungkin cara Netflix untuk meningkatkan semula langganan selepas mengalami kemerosotan pada suku yang lalu.

komen


© Amanz / 2022 Kami