Cari @ Amanz

Satu evolusi dalam rekaan kereta yang kami tidak jangkakan ialah jumlah skrin yang bertambah dalam kokpit. Kereta elektrik sekarang lebih mirip sebuah telefon pintar beroda dengan skrin gergasi diperlukan untuk sistem kawalan sistem kenderaan, maklumat pemanduan dan sistem hiburan terbina.

Menurut ETNews, BMW telah menandatangani perjanjian menggunakan panel OLED keluaran Samsung Display pada kereta premium mereka bermula 2024. Sehingga 4 juta panel OLED akan dibekalkan oleh Samsung kepada BWM dalam tempoh tujuh tahun.

Kejayaan memenangi kontrak daripada BMW adalah baik baik Samsung untuk terus mengusai pasaran panel skrin dunia. Mereka telahpun membekalkan skrin OLED untuk Hyundai Ioniq 5 dan juga skrin QLED untuk sistem hiburan dalam penerbangan American Airlines.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd