Cari @ Amanz

Kereta konsep elektrik Mercedes EQXX berjaya bergerak sejauh 1008 km dengan sekali cas pada Mac tahun ini. Rekod yang menakjubkan ini dilakukan dengan bateri bawah 100 kWj dan adalah jauh lebih baik berbanding sebuah Tesla Model S dengan kapasiti bateri yang hampir sama.

Kini dalam ujian kedua dari Stuttgart ke litar lumba Silverstone, EQXX yang sama mencatatkan perjalanan sejauh 1202 km dengan sekali caj. Kenderaan bergerak selama 14.5 jam sebelum kehabisan bateri. Dalam ujian yang dilakukan kenderaan mencatatkan kelajuan purata 83 km/j dengan sistem pendingin hawa digunakan selama 8 jam.

Kejayaan EQXX ini membuka ruang kepada kereta elektrik berkuasa bateri yang mampu mencatatkan jarak perjalanan yang setanding kereta berkuasa elektrik. Dengan infrastruktur pengecasan yang masih belum mencukupi, kenderaan yang boleh berjalan lebih jauh amatlah diperlukan dengan segera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd