Realme GT 2 Master Explorer Edition Bakal Diperkenalkan Sekitar Bulan Julai

Diterbitkan pada Jun 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Realme GT 2 sebelum ini telah mencuri perhatian ramai menerusi sokongan spesifikasi seimbang dan rekaan yang baik. Tidak lama kemudian, muncul pula berita mengenai kewujudan Realme GT 2 Master Explorer Edition yang dikhabarkan hadir dengan penawaran yang ditambah-baik. Ini termasuklah penggunaan cip pemprosesan terkini Qualcomm iaitu Snapdragon 8+ Gen 1.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Realme kini mengesahkan yang mana ia bakal diperkenalkan pada sekitar bulan Julai hadapan. Namun begitu, Realme mengambil pendekatan untuk terus berteka-teki mengenai tarikh pelancaran khususnya buat masa ini. Dalam masa sama, rekaan dan perkakasan dalaman juga masih tidak didedahkan dengan lebih menyeluruh.

Spekulasi awal menjangkakan Realme GT 2 Master Explorer Edition bakal dilengkapi skrin AMOLED 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Turut melengkapinya adalah bateri 5000mAh yang mungkin menyokong sistem pengecasan 100W. Di samping itu, ia turut akan dibekalkan kamera hadapan 32MP, di samping sistem tri-kamera dengan sensor utama 50MP (sony IMX766 dengan OIS).

komen


© Amanz / 2022 Kami