Samsung Menawarkan Aksesori Bertemakan Starbucks Seperti Kerangka Buds Berbentuk Cawan Kopi

Diterbitkan pada Jun 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung melakukan pelbagai kolaborasi dengan jenama luar bagi menghasilkan aksesori edisi terhad. Setakat ini kita sudah melihat aksesori dengan Tom Browne, dan Pokemon. Di Malaysia aksesori dengan jenama Air Asia dan Mamee pula ditawarkan. Kini Samsung bekerjasama pula dengan Starbucks untuk menawarkan aksesori-aksesori yang unik.

Antara yang ditawarkan ialah kerangka untuk Samsung Galaxy Buds2 yang berbentuk cawan kopi Starbucks. Kerangka telefon untuk Samsung Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra juga ditawarkan dalam pelbagai warna menarik lengkap dengan tali penyangkut terbina. Kesemua aksesori peranti ini adalah amat menarik khususnya bagi mereka yang gemar mengumpul barangan berjenama Starbucks. Berita buruk adalah pada waktu ini ia hanya ditawarkan di Korea Selatan sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami