Perak Sasar Mempunyai 98 Tapak Rangkaian 5G Menjelang Oktober 2022

Diterbitkan pada Jun 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perak kini menyasarkan mempunyai tambahan 98 tapak rangkaian 5G menjelang Oktober ini, meliputi kawasan Ipoh dan persekitarannya, termasuk Kuala Kangsar, Kampar dan Batu Gajah.

Dengan sasaran ini, ia akan menjadikan Ipoh antara yang terawal dan termaju diliputi menggunakan internet berkelajuan tinggi.

Perkongsian ini hadir turut sama ketika mengumumkan projek lampu isyarat pintar dengan sokongan kecerdasan buatan di Ipoh hari ini.

Pada hari ini, rangkaian 5G telah tersedia di Lembah Klang, Cyberjaya, Putrajaya, dan beberapa kawasan di Johor. Dengan tarikh 30 Jun 2022 yang akan hadir pada minggu ini, pelbagai syarikat telekomunikasi dijangka memeterai perjanjian dengan pihak DNB – sekaligus membolehkan proses pengembangan rangkaian dilakukan secara aktif selepas itu.

Sumber : Bernama

komen


© Amanz / 2022 Kami