SKMM hari ini telah memberikan kelulusan kepada pihak Celcom dan Digi dalam meneruskan penggabungan kedua-dua syarikat menjadi satu. Selari dengannya, beberapa syarat telah ditetapkan dan dipersetujui oleh Digi dan Celcom.
Salah satunya adalah berkaitan dengan operasi syarikat Yoodo. Seperti ramai sedia maklum, Yoodo merupakan sebuah jenama dibawah Celcom.
SKMM meminta untuk jenama Yoodo dijual melalui proses bidaan jualan dalam tempoh 18 bulan selepas selesai proses gabungan Celcom dan Digi. Sekiranya gagal untuk menjualnya, maka operasi Yoodo perlu ditamatkan selepas 3 bulan tamatnya tempoh yang pertama tadi.
Sekirannya jenama Yoodo ini ditamatkan, maka SKMM mengatakan Celcom dan Digi tidak boleh menghidupkan kembali jenama berkenaan pada masa akan datang. Celcom dan Digi juga tidak boleh menyerap pelanggan Yoodo.