Cari @ Amanz

Beberapa hari lalu, kami telah melaporkan tentang siri fon kepala Sony INZONE, dan awal pagi ini, mengesahkan pelancaran produk tersebut di pasaran Malaysia, termasuklah Sony INZONE H3, Sony INZONE H7 dan Sony INZONE H9.

Terkini, tanda harga untuk ketiga-tiga fon kepala ini sudahpun disahkan sendiri melalui Sony Malaysia, yang telah mengatakan bahawa fon kepala Sony INZONE H3 dan Sony INZONE H7 sudah mula dijual pada tanda harga RM439 dan RM1099.

Untuk Sony INZONE H9 pula, Sony Malaysia menetapkan tanda harga untuk fon kepala tersebut pada RM1299, tetapi fon kepala ini hanya akan dilancarkan pada sebuah tarikh yang akan diumumkan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd