Siri Black Shark 5 sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi dengan ciri dan fungsi yang mampu meletakkannya dalam kelas tersendiri. Misalnya seperti penggunaan Snapdragon 8 Gen 1 pada variasi Pro sementara itu Snapdragon 870 pula disokong oleh Black Shark 5. Kedua-duanya turut telah dijual di Malaysia dengan harga bermula RM2,699 .
Terbaru timbul pula desas-desus mengenai kewujudan siri Black Shark 5s yang turut merangkumi variasi standard dan pro. Kedua-duanya mungkin berkongsi spesifikasi yang sama dengan penggunaan panel OLED sebesar 6.67-inci FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Seterusnya, Snapdragon 8+ Gen 1 mungkin digunakan dengan padanan storan SSD serba baharu. Bateri pula berkapasiti 4790mAh dengan sistem pengecasan 120W.
Kedua-duanya turut bakal disertakan dengan pengimbas cap jari sisi dan sistem tri-kamera. Bagaimanapun konfigurasinya adalah berbeza dengan sensor utama 108MP yang dimuatkan pada variasi pro. Sementara itu, sensor 64MP pula digunakan pada variasi standard. Tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran peranti. Dalam masa sama, ada juga kemungkinan pengenalannya di langkau ekoran pengenalan untuk cip Snapdragon 8 Gen 2 sudah semakin hampir.