Nothing Phone (1) Turut Akan Ditawarkan Dalam Warna Hitam

Diterbitkan pada Jun 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa imej acah rasmi yang dikongsi oleh Nothing memberikan gambaran bahawa telefon pintar Phone (1) mereka hanya akan ditawarkan dalam warna putih. Tetapi kini menerusi ciapan peniris terkemuka Ishan Agarwal, peranti akan turut ditawarkan dalam warna hitam.

Imej pengolokan di atas dikongsi oleh Argawal hari ini. Peranti masih kelihatan cantik dengan sistem lampu LED notifikasi di bahagian belakang yang sama digunakan semula. Tetapi ikhlas juga kami katakan peranti berwarna putih kelihatan lebih elegan. Nothing Phone (1) kana dilancarkan pada 12 Julai hadapan

komen


© Amanz / 2022 Kami