Carian
Yoodo Menekankan Akan Terus Beroperasi Seperti Biasa – Bakal Perkenal Lebih Banyak Penawaran Baharu Tidak Lama Lagi
June 30, 2022 Aman

Semalam, SKMM telah mengumumkan salah satu syarat penggabungan kedua-dua syarikat Digi dan Celcom, dimana Yoodo perlu diasingkan atau ditutup sepenuhnya.

Lanjutan daripadanya, kini pihak Yoodo berkongsi lanjut berkenaan perkara tersebut. Yoodo mengatakan pengguna tidak perlu risau, dan Yoodo akan beroperasi seperti biasa.

Yoodo turut mengatakan yang mana mereka akan hadir dengan penawaran produk-produk lebih inovatif, selain penawaran menarik, termasuk meliputi segmen esukan dan K-pop.

Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada masa akan datang, Yoodo mengatakan mereka akan berkomunikasi dengan pelanggan mereka ketika itu.

Komen