Facebook Mula Menambah Sokongan NFT

Diterbitkan pada Jun 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Meta sedia menambah sokongan NFT secara terhad pada Instagram sebelum ini, dan kini Meta turut membawa sokongan ciri sama ke perkhidmatan media sosial popular, Facebook.

Melalui Facebook, anda boleh memilih untuk tambah koleksi NFT anda dibawah “Koleksi Digital”, dan seterusnya berkongsi ia pada garis masa, disamping menyimpannya pada paparan profil anda. Facebook sendiri akan melabelkan gambar NFT sebagai “Digital Collectible”.

Jikalau mengikut integrasi pada Instagram, ia menyokong NFT pada rantaian-blok Ethereum dan Polygon. Selain itu, ia membawa sokongan integrasi dompet Rainbow, Trust Wallet dan juga MetaMask.

Apa pun, buat masa ini, ciri ini hanya disokong secara terhad melibatkan pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Mungkin sekiranya semua berjalan dengan lancar, kita akan melihat Facebook memperluaskan sokongan ini kepada pengguna seluruh dunia.

komen


© Amanz / 2022 Kami