China Memperlihatkan Projek Mencari Bumi 2.0 Yang Ingin Dimulakan Seawal 2026

Diterbitkan pada Jun 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa agensi angkasa seperti NASA sedia melakukan pencarian planet seumpama Bumi yang boleh dihuni oleh manusia. Kini, China turut mengumumkan projek mereka tersendiri, dinamakan “Earth 2.0”.

Melaluinya, China ingin mencari planet lain seumpama Bumi yang mengorbit mengelilingi bintang seumpama matahari, dan boleh dihuni.

Dibawah misi Earth 2.0 ini, sebuah satelit akan dibangunkan dilengkapi dengan tujuh teleskop, yang mana akan digunakan dalam memerhati untuk tempoh 4 tahun. Teleskop ini akan memantau pergerakkan eksoplanet, termasuk mengkaji mengenai kehidupan di luar Bumi.

Dengan langkah ini, ia akan menjadikan eksplorasi dan kajian angkasa lebih menarik lagi – selain menghimpunkan data-data yang sangat berguna untuk tujuan sains.

Sebelum ini, NASA sedia nyatakan terdapat sekitar 5000 eksoplanet di luar sistem solar kita..

komen


© Amanz / 2022 Kami