Rekaan Fon Telinga Nothing Ear (1) Stick Tertiris

Diterbitkan pada July 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan Nothing Phone (1) akan dilancarkan beberapa minggu sahaja lagi pada 12 Julai dan nampaknya telefon pintar ini tidak akan menjadi satu-satunya peranti yang akan dilancarkan di acara tersebut. Menerusi ciapan Mukul Sharma semalam, fon telinga baharu Nothing Ear (1) Stick turut akan dilancarkan.

Dari segi rekaan putik audio Ear (1) Stick sama dengan Ear (1) sebelum ini. Perbezaam hanyalah pada kerangka simpanan merangkap pod pengecas yang kini berbentuk segi empat tepat bukan lagi segi empat sama. Ia masih lagi lutsinar dengan putik audio dapat dilihat dari luar tanpa perlu dibuka.

komen


© Amanz / 2022 Kami